Melodi (rancangan TV)

Melodi
Genre
Pengacara
Pencerita suara latar
  • Khairul Anuar Azmi
  • Tabah Syazwan
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Penerbitan
Penerbit eksekutifSaid Thani
PenerbitNoradillah Adeed Abdullah
LokasiBalai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia
Tempoh siaran
  • 30 minit
    (10.1.1993 - 26.12.2004)
  • 1 jam
    (2.1.2005 - 31.12.2017) & (1.8.2021 - kini)
  • 1 jam 30 minit
    (7.1.2018 - 25.7.2021)
Syarikat penerbitan
TV3
Penyiaran
Siaran asal10 Januari 1993 – kini

Melodi merupakan rancangan berbentuk hiburan yang menawarkan pelbagai perkembangan artis, pelakon, pengarah dan selebriti dari Malaysia. Mula disiarkan pada hari Ahad 10 Januari 1993, rancangan ini turut menyajikan ulasan album terbaru, majlis, gosip terbaru, temuramah bersama selebriti, carta filem dan sebagainya. Rancangan ini pada awalnya disiarkan selama 30 minit selama lebih 10 tahun sehingga Ahad, 28 Disember 2003. Melodi mula bersiaran 1 jam pada hari Ahad, 4 Januari 2004, pada pukul 1:30 tengah hari, untuk menggantikan rancangan Nona yang direhatkan selama tiga bulan. Pada hari Ahad, 6 Jun hingga Ahad, 26 Disember 2004, Melodi kembali disiarkan selama 30 minit, sebelum mula disiarkan 1 jam secara kekal mulai Ahad, 2 Januari 2005.

Rancangan ini mendapat rating yang tinggi bagi penonton yang mana rancangan ini disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Glenmarie, Shah Alam, Selangor selama 1 jam pada setiap hari Ahad pada pukul 12:30 tengah hari.

Mulai 7 Januari 2018, Melodi akan bersiaran pada jam 12:05 tengah hari selama 1 jam 25 minit.

Mulai 1 Ogos 2021, Melodi kembali bersiaran pada jam 12:30 tengah hari selama 1 jam.

Mulai 6 Disember 2024, Melodi akan bersiaran pada hari Khamis, jam 9:00 malam selama 1 jam.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne