Melody (stesen radio)

FormatMuzik Nostalgia Jadoel 70an hingga 90an, Oldies Hits

Melody[1] merupakan stesen radio berbahasa Cina di Malaysia. Ia dikendalikan oleh Astro Radio, sebuah anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad. Melody dilancarkan secara rasmi pada 15 Ogos 2012. Frekuensi ini sebelumnya digunakan oleh XFM. Ia merupakan stesen radio milik Astro berbahasa Cina yang kedua di Malaysia selepas My. Melody adalah stesen radio berbahasa Cina kelima di Malaysia. Melody memainkan lagu-lagu nostalgia lama Jadoel Cina (Mandarin dan Kantonis) dari 1970-an hingga 2010-an dan beberapa muzik pop orkestra. Pilihan kandungan muzik dan sasaran penonton dewasa serta golongan tua yang berusia antara 25 - 50 tahun.

Golongan sasarannya adalah untuk pendengar yang lebih dewasa seperti radio Lite (Inggeris) dan Sinar (Melayu) dan membawakan lagu-lagu nostalgia lama jadoel Cina (Mandarin dan Kantonis) dari 1970-an hingga 1990-an.

  1. ^ Astro.com.my. "Astro Radio refreshes 11 brands to deliver better value to fans | Press Release | Mediaroom | Astro". www.astro.com.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-01-12.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne