Mena Suvari | |
---|---|
![]() Suvari pada Februari 2016 | |
Kelahiran | Mena Alexandra Suvari 13 Februari 1979 Newport, Rhode Island, A.S. |
Pekerjaan | Pelakon, pereka fesyen, model |
Tahun aktif | 1995–kini |
Pasangan |
|
Mena Alexandra Suvari (/ˈmiːnə səˈvɑːri/;[1] lahir 13 Februari 1979) ialah seorang pelakon, pereka fesyen dan model Amerika Syarikat. Selepas memulakan kerjayanya sebagai model dan menjadi pelakon undangan dalam beberapa siri televisyen, beliau membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi filem Nowhere (1997).
Suvari meraih pengiktirafan antarabangsa untuk peranannya dalam filem 1999 American Beauty, yang mana beliau menerima pencalona Anugerah BAFTA untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, dan dalam tiga daripada filem asal American Pie (1999–2001, 2012). Filem-filem lain lakonannya ialah Slums of Beverly Hills (1998), Loser (2000), Sugar & Spice (2001), Rumor Has It (2005), Stuck (2007), dan You May Not Kiss the Bride (2010).[2][3][4][5]