Menara Kuala Lumpur | |
---|---|
Maklumat umum | |
Status | Siap |
Jenis | Telekomunikasi, balai cerap, sukan lasak (terjun tapak), Pelancongan, Kebudayaan |
Lokasi | Kuala Lumpur, Malaysia |
Negara | Malaysia |
Koordinat | 3°9′10″N 101°42′12″E / 3.15278°N 101.70333°EKoordinat: 3°9′10″N 101°42′12″E / 3.15278°N 101.70333°E |
Pecah tanah | 1 Oktober 1991 |
Pembinaan bermula | 4 Oktober 1991 |
Disiapkan pada | 13 September 1994 |
Pembukaan | 23 Julai 1996 1 Oktober 1996 (rasmi) |
Dirasmikan pada | 1 Oktober 1996 |
Diubah suai pada | 1 Januari 2012-31 Disember 2015 |
Maklumat ketinggian | |
Tinggi | 421 m |
Menara antena | 421 m (1,381 ka) |
Bumbung | 335 meter (1,099 ka) |
Butiran teknikal | |
Bilangan tingkat | 13 (G, UG, TH00 to TH10) |
Keluasan tingkat | 7,700 m2 (82,882 ka2) |
Lif/mesin pengangkat | 4 |
Reka bentuk dan seni bina | |
Arkitek | Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. |
Tapak web | |
https://www.menarakl.com.my/ | |
Rujukan | |
[1][2] | |
sunting · sunting di Wikidata |
Menara Kuala Lumpur (Menara KL) ialah sebuah menara komunikasi yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Pembinaannya sempurna pada 1 Mac 1995. Ia menampilkan sebuah antena yang meningkatkan ketinggiannya kepada 421 meter (1,381 kaki) dan merupakan menara tunggal ketujuh tertinggi di dunia. Bahagian atasnya terletak pada ketinggian 335 meter (1,099 kaki). Bahagian bawah selebihnya mempunyai tangga dan lif untuk mencapai kawasan atas, yang mana ia mempunyai restoran berputar yang menyediakan ruang makan dengan pemandangan kota raya Kuala Lumpur.
Menara ini juga berfungsi sebagai balai cerap bagi meninjau anak bulan bagi menandakan permulaan bulan-bulan qamari terutamanyaRamadan, Syawal, dan Zulhijah, bagi menyambut bulan puasa, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Menara ini merupakan titik pandang tertinggi di Kuala Lumpur yang dibuka kepada awam.