Menteri Dalam Negeri | |
---|---|
Ministro degli Interni | |
Kementerian Dalam Negeri | |
Jenis | rencana senarai Wikimedia |
Pusat | Palazzo del Viminale, Rome |
Dilantik oleh | Presiden Itali |
Tempoh jawatan | Tiada tempoh tetap |
Dibentuk | 23 Mac 1861 |
Pemegang pertama | Marco Minghetti |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Menteri Dalam Negeri (Itali: Ministro dell'Interno) di Itali merupakan salah satu jawatan paling penting dalam Jemaah Menteri Itali dan memimpin Kementerian Dalam Negeri.[1] Menteri terkini ialah Luciana Lamorgese, ahli Majlis Negara, dilantik pada 5 September 2019 dalam kerajaan kedua Giuseppe Conte.[2]
Menteri Dalam Negeri bertanggungjawab bagi keselamatan dalam negara dan melindungi aturan perlembagaan, bagi perlindungan sivil menentang terorisme dan bencana, bagi orang pelarian dan isu-isu pentadbiran. Ia menjadi hos Jawatankuasa Tetap Menteri Dalam Negeri dan juga mendaftarkan semua undang-undang pasport, kad pengenalan, senjata api, dan bahan letupan.
Menteri Dalam Negeri adalah ketua politik bagi pentadbiran hal ehwal dalam negeri. Mereka mengawal Polis Negara, Vigili del Fuoco (Jabatan Bomba dan Penyelamat), dan pengawas undang-undang. Oleh itu Menteri bersidang dalam Suruhanjaya Tinggi Pertahanan.