Menteri Kanan Malaysia | |
---|---|
منتري كانن | |
Penyandang JAWATAN DIMANSUHKAN sejak 16 Ogos 2021 | |
Pejabat Perdana Menteri | |
Gelaran | Yang Berhormat |
Anggota bagi | Kabinet Malaysia |
Bidang kuasa | Malaysia |
Dilantik oleh | Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri Malaysia |
Tempoh jawatan | 10 Mac 2020 | – 16 Ogos 2021
Dibentuk | 10 Mac 2020 |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Menteri Kanan ialah sebuah jawatan politik yang terdapat dalam Kabinet Malaysia. Pemegang jawatan ini mula diperkenalkan pada pentadbiran Perdana Menteri Malaysia kelapan, Muhyiddin Yassin, beliau memperkenalkan jawatan Menteri Kanan yang disandang oleh empat orang sebagai ganti kepada ketiadaan jawatan Timbalan Perdana Menteri pada sesi kepimpinan beliau[1]. Menteri Kanan berperanan menyelaras hal ehwal Kabinet yang berkaitan dengan bidang-bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial.
Pemegang jawatan ini disediakan dengan kawalan motor polis trafik pengiring dan kawalan rapat oleh Unit Tindakhas.