Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Jentera (Jawi: جنترا serapan Sanskrit: यन्त्र, rumi: yantra "roda pemintal benang"[1]) atau mesin ialah istilah sains bagi apa-apa peranti atau perkakas yang menghasilkan atau menukar tenaga. Namun dalam kegunaan seharian, mesin ialah perkakas yang mempunyai bahagian yang boleh bergerak dan boleh melakukan atau membantu melakukan kerja. Perkakas yang tidak mempunyai bahagian yang biasanya dipanggil alat.