Metro Manila
Kalakhang Maynila Kamaynilaan | |
---|---|
Kawasan Ibu Negara | |
Cogan kata: Dangal nitong Bayan! | |
![]() Lokasi Filipina | |
Koordinat: 14°35′N 121°00′E / 14.58°N 121°EKoordinat: 14°35′N 121°00′E / 14.58°N 121°E | |
Negara | ![]() |
Pulau | Luzon |
Badan pengurus | Pihak Berkuasa Pembangunan Metropolitan Manila |
Ditubuhkan | |
Terdiri daripada | |
Pentadbiran | |
• Jenis | Pemerintahan metropolitan di bawah sebuah rangka kerja yang dipencarkan[4] |
• Badan | Pihak Berkuasa Pembangunan Metropolitan Manila |
• Pengerusi PPMM | Romando Artes (pemangku) |
• Presiden Majlis Metro Manila | Francis Zamora |
Keluasan | |
• Kawasan | 636.00 km2 (245.56 batu persegi) |
Penduduk (Ralat: waktu tidak sah banci) [5] | |
• Kawasan | 13,484,462 |
• Kepadatan | 21,202/km2 (54,910/batu persegi) |
• Metro | 26,700,000 |
Demonim | English: Manilan, Manileño; Spanish: manilense,[a] manileño(-a) Filipino: Manileño(-a), Manilenyo(-a), taga-Maynila |
GDP (nominal) | |
• Wilayah | $136.12 billion (2023)[7] |
• Per kapita | $9,544 (2023)[7] |
Zon waktu | UTC+8 (PST) |
Templat:Areacodestyle | +63 (0)2 |
Kod ISO 3166 | PH-00 |
Bahasa | |
HDI | ▲ 0.85 (Very high)[8] |
Tahap HDI | Ke-2 (2019) |
Laman sesawang | mmda |
|
Metropolitan Manila[9] (Filipina: Kalakhang Maynila ), biasa disingkatkan kepada Metro Manila[a] atau secara rasmi Kawasan Ibu Negara (NCR;[12] Filipina: Pambansang Punong Rehiyon ),[13] ialah wilayah ibu negara dan kawasan metropolitan terbesar di Filipina. Terletak di pantai timur Teluk Manila, kawasan yang terletak di antara kawasan Luzon Tengah dan Calabarzon. Merangkumi kawasan seluas 619.57 km2 (239.22 bt2) dan dengan penduduk seramai 13,484,462 setakat 2020, [5] ia terdiri daripada enam belas buah bandar yang sangat maju: ibu negara, Manila, Caloocan, Las Piñas, Makati, Malabon, Mandaluyong, Marikina, Muntinlupa, Navotas, Parañaque, Pasay, Pasig, Bandar Quezon, San Juan, Taguig, dan Valenzuela, bersama sebuah perbandaran mandiri, Pateros. Sebagai kawasan kedua paling ramai penduduk dan kawasan berpenduduk paling padat di Filipina, ia menduduki tangga ke-9 bagi kawasan metropolitan paling ramai penduduk di Asia dan tangga ke-6 bagi kawasan bandar paling ramai penduduk di dunia.
Manila ialah sebuah bandar raya global terunggul yang meletakkan kekuatannya pada bidang seni, perdagangan, pendidikan, hiburan, fesyen, kewangan, kesihatan, media, khidmat profesional, penyelidikan dan pembangunan, pelancongan dan pengangkutan, kesemuanya menyumbang kepada keunggulannya.
Seperti yang diisytiharkan dalam Dekri Presiden No. 940, seluruh kawasan metropolitan Manila merupakan pusat kerajaan Filipina, namun Bandar Raya Manila sahaja merupakan ibu negara rasmi.[14]
Mengikut banci 2007, Metro Manila diduduki 11,553,427 orang, iaitu 13% penduduk negara.[15] Jika termasuk sekali pinggir bandar di wilayah-wilayah berdekatan (Bulacan, Cavite, Laguna, dan Rizal) dari Manila Raya, maka jumlah penduduknya sekitar 20 juta.[16][17]
Keluaran serantau kasar Metro Manila pada Julai 2009 dianggarkan bernilai ₱468.4 bilion (pada harga malar 1985), iaitu 33% KDNK negara.[18] Pada tahun 2008, Metro Manila merupakan kelompok bandar ke-40 terkaya di dunia, menurut PricewaterhouseCoopers.[19]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama PD824
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama PD1396
Although the term Manila is typically used to describe Metro Manila, the City of Manila refers to the historic core of the built-up area that presently extends over 1400 km2.
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama demographia
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan