Metro Skuad | |
---|---|
Genre | Drama, aksi, jenayah, thriler, misteri, saspens |
Pencipta | Yusof Haslam (idea dan karya asal) |
Dibangunkan oleh | |
Ditulis oleh | Panel Skrip Skop Productions |
Pengarah |
|
Dibintangi oleh |
|
Lagu pembukaan | "Metro Skuad" oleh James Baum |
Lagu penutup | "Metro Skuad" oleh James Baum |
Penggubah | James Baum |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | |
Bilangan musim | 2 |
Bilangan episod | 52 (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Yusof Haslam |
Penyunting |
|
Lokasi | |
Sinematografi | Omar Ismail |
Tempoh siaran | 39–40 minit |
Syarikat penerbitan | Skop Productions |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV2 |
Format gambar | 480i (SDTV) 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 2 Mac 2012 – 29 Mac 2013 |
Kronologi | |
Rancangan berkaitan |
|
Metro Skuad ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2012 terbitan Skop Productions dengan idea dan konsep asal oleh Yusof Haslam.[1] Berlatarkan Ibu Pejabat Polis Putrajaya, ia mengisahkan tentang cabaran yang dihadapi oleh unit elit eponim Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ditugaskan untuk membanteras jenayah. Siri ini dibintangi oleh Kamal Affandi Hashim, Azad Jasmin, Salina Saibi, Ana Dahlia, Adam Corrie, Amir Arafat, Reenetha Veeraya, Riz Amin, Zack X-Factor dan Farid Wari. Ia bersiaran di TV2 dari 2 Mac 2012 hingga 15 Mac 2013 menggantikan Gerak Khas yang ditamatkan sementara pada 2011.[2][3]
Sama seperti Gerak Khas, Metro Skuad turut memaparkan kes-kes jenayah yang sering berlaku di negara ini seperti penyeludupan, pembunuhan, rompakan, pemerdagangan manusia dan ceti haram. Ia menjadi drama pertama terbitan Skop Productions yang diterbitkan dalam definisi tinggi.