Mi kari | |
---|---|
![]() | |
Jenis | Mi sup |
Tempat asal | Malaysia ![]() |
Kawasan/rantau | Asia Tenggara Maritim |
Masakan berkaitan | Malaysia[1] |
Bahan utama | Mi, sambal, santan, herba |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Mi kari (Jawi: مي كاري; bahasa Inggeris: curry mee; Cina ringkas: 咖喱面; Cina tradisional: 咖喱麵; pinyin: Gālímiàn) ialah suatu hidangan sup mi pedas yang dihiasi dengan pelbagai bahan tambahan yang popular di Asia Tenggara Maritim. Di bahagian selatan Malaysia dan negara jirannya, Singapura, hidangan ini kadang-kadang disebut sebagai "kari laksa" (Bahasa Cina: 咖喱喇沙; pinyin: Gālí Lǎshā).[2] Banyak variasi hidangan, termasuk penyediaan dengan kuah yang lebih kering atau lebih pekat wujud di Malaysia dan Singapura.