Michael Wong 王光良 | |
---|---|
![]() | |
Latar belakang | |
Nama lahir | 王光良 |
Kelahiran | Ipoh, Perak, Malaysia | 30 Ogos 1970
Genre | Pop Mandarin (Mandopop) |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | Piano |
Tahun aktif | 1995–kini |
Syarikat rakaman | Rock Record (1995–2005) Seed Music (2005–kini) Amusic (2005–kini) |
Pengkarya berkait | Michael & Victor (無印良品) |
Laman sesawang | www.michael4u.com |
Michael Wong | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Tulisan Cina Ringkas | 王光良 | ||||||
|
Michael Wong Kong Leong (Bahasa Cina: 王光良; pinyin: Wáng Guāngliáng), lahir 30 Ogos 1970 merupakan seorang penyanyi dan penggubah lagu Malaysia. Beliau telah mencipta banyak balada atau lagu cinta yang sungguh popular terutamanya di rantau Asia.
Wong merupakan anak jati kelahiran Ipoh, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai penyanyi bergandingan bersama Victor Wong. Pasangan penyanyi ini berjaya di Taiwan, akan tetapi kerana menghormati perjanjian bersama, keduanya berpisah pada tahun 2000. Wong telah menghasilkan empat album solo, dan yang ketiga adalah album Fairy Tale[1] yang sungguh terkenal. Lagunya ini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa termasuklah versi Bahasa Melayu yang bernama Cinta Arjuna yang dinyanyikan oleh Aliff Aziz, penyanyi Singapura. Wong telah menempa kejayaan di Taiwan, China, Hong Kong dan Malaysia.
Beliau juga telah membantu sebilangan penyanyi hebat dengan menggubah lagu untuk mereka seperti Courage (勇氣) , asalnya dinyanyikan oleh Fish Leong. Peminat Wong menggelarkan beliau sebagai Putera Lagu Cinta (情歌王子). Beliau amat berminat dalam kerjaya pelakon drama dan filem Cina.