Michelle Yeoh | |
---|---|
楊紫瓊 | |
![]() Yeoh pada 2023 | |
Kelahiran | Yeoh Choo Kheng[1] 6 Ogos 1962 |
Nama lain | Michelle Khan |
Pendidikan | Akademi Tarian Diraja (BA) |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1983–kini |
Pasangan | Dickson Poon (k. 1988; c. 1992) Jean Todt (k. 2023) |
Anugerah | Senarai penuh |
Tan Sri Dato' Seri Michelle Yeoh lahir Yeoh Choo Kheng; Cina ringkas: 杨紫琼; Cina tradisional: 楊紫瓊; 6 Ogos 1962)[1][2] ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Dikreditkan sebagai Michelle Khan dalam filem-filem terawalnya di Hong Kong, beliau meniti kemasyhuran pada tahun 1990-an selepas membintangi dalam beberapa siri filem aksi Hong Kong yang mana beliau melakukan sendiri aksi ngerinya, seperti Yes, Madam (1985), Magnificent Warriors (1987), Police Story 3: Supercop (1992), The Heroic Trio (1993), dan Holy Weapon (1993).
Selepas berpindah ke Amerika Syarikat, Yeoh meraih pengiktirafan antarabangsa kerana membintangi filem James Bond, Tomorrow Never Dies (1997) dan filem seni bela diri Ang Lee, Crouching Tiger, Hidden Dragon (2000), yang mana beliau dicalonkan untuk Anugerah BAFTA untuk Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama. Kerjayanya berkembang dengan filem-filem seperti Memoirs of a Geisha (2005), Sunshine (2007), The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor (2008), Reign of Assassins (2010), Kung Fu Panda 2 (2011), dan The Lady (2011), yang mana beliau melakonkan watak Aung San Suu Kyi.
Yeoh melakonkan watak pembantu dalam filem komedi Crazy Rich Asians (2018) dan Last Christmas (2019), dan filem Marvel Cinematic Universe Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings (2021). Beliau juga berlakon dalam siri televisyen Star Trek: Discovery (2017–2020) dan The Witcher: Blood Origin (2022). Untuk peranannya sebagai ibu yang terharu mengemudi pelbagai alam dalam Everything Everywhere All at Once (2022),[3] beliau memenangi Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik, menjadi rakyat Asia[a] pertama yang memenangi anugerah, dan menjadi rakyat Malaysia pertama yang memenangi Anugerah Akademi dalam sebarang kategori.[4][5][6][7][8][9]
Laman web agregat ulasan filem Rotten Tomatoes menyenaraikan beliau, antara heroin aksi terhebat sepanjang zaman pada tahun 2008.[10] Pada tahun 1997, beliau telah dipilih oleh majalah People sebagai salah seorang daripada "50 Orang Paling Tercantik di Dunia", dan pada tahun 2009 majalah yang sama menyenaraikan beliau sebagai salah seorang "35 Jelitawan Layar Lebar Sepanjang Zaman".[11] Pada tahun 2022, Time menamakan beliau sebagai salah seorang daripada 100 orang paling berpengaruh dunia di dalam senarai tahunannya dan Ikon Tahun Ini.[12][13]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Kho
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan