Nama penuh | Midland F1 Racing |
---|---|
Pangkalan | Silverstone, Northamptonshire, United Kingdom |
Pengasas | Alex Shnaider |
Kakitangan terbaik | Colin Kolles James Key |
Pemandu terbaik | Tiago Monteiro Christijan Albers |
Nama sebelumnya | Jordan Grand Prix |
Nama seterusnya | Spyker F1 Team |
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu | |
Enjin | Toyota |
Perlumbaan pertama | Grand Prix Bahrain 2006 |
Perlumbaan | 18 |
Kejuaraan Pengeluar | 0 |
Kejuaraan Pemandu | 0 |
Kemenangan perlumbaan | 0 |
Petak pertama | 0 |
Pusingan terpantas | 0 |
Perlumbaan terakhir | Grand Prix Brazil 2006 |
Midland F1 Racing (sering dipendekkan kepada MF1 Racing) ialah sebuah pasukan Formula Satu. Pasukan ini bertanding pada musim 2006, dengan Christijan Albers dan Tiago Monteiro menjadi pemandu pasukan. Pasukan ini dibanguankan selepas penamaan Jordan Grand Prix selepas pembelian pasukan tersebut oleh seorang ahli perniagaan Kanada, dan pemilik Midland Group, Alex Shnaider. Pasukan ini ialah pasukan Formula Satu Rusia yang pertama, untuk mencerminkan pembelian Shnaider, namun ia terus berpangkalan di United Kingdom, di kilang Silverstone Jordan. Menjelang akhir musim 2006, pasukan itu telah dijual kepada Spyker Cars NV; dan pasukan ini berlumba dalam tiga Grand Prix terakhir di bawah nama rasmi "Spyker MF1 Racing". Pada tahun 2007, pasukan tersebut bertanding sebagai Spyker F1, dan pada tahun 2008 telah dijual kepada seorang ahli perniagaan India, Vijay Mallya dan dinamakan Force India F1.[1]