Mingguan Wanita | |
---|---|
![]() Teman Setiap Wanita | |
Genre | Bual bicara |
Pengacara | Elizad Sharifuddin Erra Fazira Radin Amir Affendy Sherry Alhadad Norman Hakim Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain Naufal Hatta Raja Azura |
Lagu pembukaan | Mingguan Wanita |
Lagu penutup | Mingguan Wanita |
Negara asal | ![]() |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan musim | 3 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 1 Jam |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Prima & Astro Prima HD |
Format gambar | 1080i & 750i |
Format audio | Stereo |
Siaran asal | – kini |
Mingguan Wanita (MW) merupakan sebuah rancangan berbentuk ilmiah yang ditujukan khas buat wanita. Rancangan berbentuk bual bicara ini ke udara pada pukul 12:00 tengah hari hingga pukul 1:00 tengah hari bersamaan Jam 12:00 hingga Jam 13:00 selama sejam setiap hari Rabu hingga Jumaat pada musim pertama 2018, Isnin hingga Jumaat pada musim kedua 2019 dan Isnin hingga Khamis pada musim ketiga 2020 di Astro Prima Saluran 125 dan Astro Prima HD Saluran 105. Rancangan ini memfokuskan mengenai hal ehwal semasa serta isu-isu terkini mengenai wanita dalam dan luar negara selain berbicara tentang Kesihatan, Kecantikan, Gaya Hidup, Makanan, Kewangan, Travelog, Cerita Dalam Kain dan berserta mengenai Kemasyarakatan, Kekeluargaan, Motivasi, Inspirasi dan Kerohanian.
Sejak 2019, MW menerima pengacara lelaki, bermula dengan Radin Amir Affendy dan Norman Hakim Dan Pada 2020 dengan musim ketiga Radin Amir Affendy diganti oleh Naufal Hatta.[1]