Minnal FM

Minnal FM (Tamil: மின்னல் எப்.எம்) (radio ini dikenali sebagai Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya), Perkhidmatan Bahasa Tamil, Radio Malaysia, Rangkaian Merah, Radio 6 dan Radio Malaysia Saluran 6) (secara rasmi ditanda panggil sebagai Perkhidmatan Bahasa Tamil dan Rangkaian Merah) ialah stesen radio nasional Bahasa Tamil tertua di Malaysia untuk masyarakat India Malaysia dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia. Ia disiarkan 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Ini juga merupakan radio pertama Bahasa Tamil di Malaysia. Moto utamanya adalah இளமை புதுமை இனிமை (Iḷamai Putumai Iṉimai).

Minnal FM utamanya ialah di Tingkat 4, Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur.

Liputan Minnal FM meliputi hampir keseluruhan sempadan Malaysia–Indonesia (hanya Semenanjung Malaysia dan Sumatera), Malaysia–Singapura dan Malaysia–Thailand di darat dan laut.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne