Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Palm oil (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Minyak (kelapa) sawit ialah sejenis minyak sayuran boleh dimakan yang diperoleh dari buah dan isirong (benih) kelapa sawit (Elaeis guineensis). Minyak sawit biasanya berwarna kemerahan kerana mengandungi isi beta-karotena yang tinggi (tetapi apabila dididih, bahan karotenoid dalamnya musnah, sekaligus melunturkan warna minyak). Minyak sawit ialah salah sejenis minyak sayuran yang amat tinggi kandungan lemak tepu (seperti minyak kelapa) oleh itu berkeadaan separa pejal dalam suasana bersuhu bilik.
Minyak kelapa sawit laris digunakan sebagai minyak masak, ramuan marjerin, dan juga bahan untuk membuat pelbagai makanan diproses. Minyak ini juga adalah bahan terpenting dalam pembuatan sabun, serbuk cucian dan produk penjagaan diri, dan juga digunakan untuk merawat luka, dan juga menjadi bahan Bahan Bakar Bio.