![]() | |
Bandar | Kuala Lumpur |
---|---|
Negara | Malaysia |
Kawasan penyiaran | |
Slogan | Today's Best Music |
RDS | MIX |
Tarikh siaran pertama | 1 Jun 1996 |
Bahasa | Inggeris |
Nama terdahulu | Mix FM (1996 - 2017) |
Sekutu | Astro Radio |
Pemilik | Astro Malaysia Holdings Berhad |
Saluran kembar | |
Siaran web | audio1 |
Tapak web | mix |
Mix (dahulu dikenali sebagai Mix FM)[1] merupakan stesen radio berbahasa Inggeris di bawah pengurusan Astro Radio, anak syarikat bahagian radio Astro. Radio ini memainkan pelbagai muzik dari dj rock tahun 1990-an hingga kini dengan catuan 80% muzik lama & 20% muzik baru (dalam tempoh setahun lepas). Ia merupakan stesen radio milik Astro berbahasa Inggeris yang kedua di Malaysia selepas Hitz FM dan sebelum Light & Easy.
Hasil kajian pendengar radio oleh Nielsen Media Research yang dikeluarkan pada 2008, MIX menjadi radio Inggeris No. 2 di Malaysia, dan mempunyai pendengar radio berpendapatan tinggi dengan 70 peratus pendengarnya daripada keluarga berpendapatan melebihi RM2,000 sebulan, dan 80 peratus adalah pendengar 'urban'.