![]() | biografi orang hidup ini mempunyai senarai rujukan umum, tetapi kekurangan nota kaki pada pada kenyataan yang dipetik. (October 2015) |
Miyu Irino | |
---|---|
入野 自由 | |
Kelahiran | Tokyo, Japan | 19 Februari 1988
Pekerjaan | Pelakon suara |
Tahun aktif | 1992–kini |
Ejen | Junction Agency/Kiramune |
Kredit yang dikenali | Haku dalam Spirited Away Sora dalam Kingdom Hearts Syaoran Li dalam Tsubasa Reservoir Chronicle Sena Kobayakawa dalam Eyeshield 21 Yūichirō Hyakuya dalam Seraph of the End |
Miyu Irino (入野 自由 , Irino Miyu, dilahirkan pada Februari 19, 1988) merupakan seorang pelakon suara di Jepun yang dilahirkan di Tokyo.
Beliau menyuarakan watak utama Sora dalam siri permainan video Kingdom Hearts. Peranan suara anime utama beliau termasuklah Haku dalam Spirited Away, Daisuke Niwa dalam D.N.Angel, Syaoran Li dalam Tsubasa Reservoir Chronicle, Sena Kobayakawa dalam Eyeshield 21, Astral dalam Yu-Gi-Oh! Zexal, Jinta dalam Anohana: The Flower We Saw That Day dan Yuichiro Hyakuya dalam Seraph of the End. Pada 26 Jun 2009, beliau mengeluarkan debut mini-album yang dikenali sebagai Soleil, dan pada bulan Ogos 2009, Irino memainkan peranan utama dalam filem Monochrome Girl. Album single pertamanya, Faith, dikeluarkan pada 25 November 2009.