Mizz Nina

Mizz Nina
Kelahiran
Shazrina binti Azman

(1980-07-01) 1 Julai 1980 (umur 44)
PekerjaanPenyanyi, pendakwah, aktivis kemanusiaan, pemuzik, penulis lagu, pereka fesyen, usahawan
Tahun aktif1999–2013 (dalam industri muzik)
PasanganNoh Salleh (k. 2011; c. 2022)
Essam Muhammad (k. 2023)
Ibu bapaTan Sri Dato' Seri Azman Hashim (bapa)
Puan Sri Datin Seri Tunku Arishah Tunku Maamor (ibu)
SaudaraShalina Azman (kakak)
Kerjaya muzik
GenreR&B, Dance-pop, Elektropop, Pop, Hip hop
InstrumenVokal, Dram, Piano
Syarikat rakaman
Positive Tone (1999-2004)
Warner Music (2010-2012)
Mizz Nina Productions (2010-kini)
Pengkarya berkait
Teh Tarik Crew, Colby O'Donis, Flo Rida, Planet Asia, Theo Martins, Jay Park

Shazrina binti Tan Sri Dato' Seri Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina (lahir 1 Julai 1980) merupakan penyanyi, penulis lagu, pereka fesyen dan usahawan Malaysia. Beliau ialah salah seorang daripada ahli Teh Tarik Crew. Merupakan satu-satunya ahli wanita dalam kumpulan ini, beliau telah menjadi penyanyi solo yang mencipta nama di peringkat antarabangsa.

Beliau merupakan anak kepada Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Dato' Seri Azman Hashim. Pada tahun 2013, beliau memilih untuk bersara daripada industri muzik Malaysia dan mengambil keputusan untuk bertudung sebaik sahaja pulang daripada mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne