Moai

Moai yang menghadap kearah pulau di Ahu Tongariki, yang dipulihkan oleh pakar kaji purba Chile, Claudio Cristino pada 1990-an

Moai atau mo‘ai merupakan patung batu berbentuk manusia yang ada di Pulau Easter timur Polinesia (milik Chile) antara tahun 1250 dan 1500.[1] Hampir separuh jumlah moai yang ada masih ditemui di Rano Raraku, tetapi beratus-ratus moai telah dipindahkan dari situ lalu diletakkan di atas pelantar batu (ahu) di sekeliling pulau.

Hampir kesemua moai memiliki kepala besar tiga per lima dari saiz badan mereka. Kebanyakan moai menggambarkan nenek moyang yang didewakan (aringa ora ata tepuna).[2] Patung-patung tersebut masih berdiri luas dipandang apabila orang Eropah mula melawat pulau tersebut, tetapi kebanyakannya akan ditumbangkan kemudian semasa pertelingkahan antara puak-puak.

Penghasilan dan pengangkutan patung-patung tersebut dianggap kejayaan kreatif dan fizikal yang menakjubkan.[3] Moai tertinggi yang ditegakkan, dikenali sebagai Paro, hampir 10 meter (33 ka) tinggi dan seberat 75 tan;[4] patung yang terberat didirikan terletak di Ahu Tongariki seberat 86 tan; dan satu ukiran yang belum disiapkan, sekiranya siap, hampir sekitar 21 meter (69 ka) tinggi dengan berat sekitar 270 tan.

  1. ^ Steven R Fischer. The island at the end of the world. Reaktion Books 2005 ISBN1 86189 282 9
  2. ^ Easter Island Statue Project
  3. ^ Rapa Nui National Park
  4. ^ New Scientist, 29 July, 2006, pp. 30-34

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne