Modulus keanjalan

Modulus keanjalan ialah suatu nilai yang menentukan rintangan suatu bahan untuk dibengkokkan secara elastik, iaitu secara tidak kekal dan boleh kembali semula ke bentuk asal di bawah daya tegasan. Suatu bahan dengan nilai modulus keanjalan yang lebih tinggi membawa kepada kekakuan yang lebih tinggi. Secara asas, modulus keanjalan ditakrifkan seperti yang berikut:

di mana σ ialah tegasan, yakni nisbah daya yang dikenakan terhadap objek kepada luas permukaan yang dikenakan daya dan ε ialah terikan, yakni nisbah perubahan saiz objek akibat daya yang dikenakan dengan saiz asal objek. Suatu modulus keanjalan juga boleh diambil daripada nilai kecerunan lengkung tegasan-terikan pada bahagian elastik.[1]

  1. ^ Askeland, Donald R.; Phulé, Pradeep P. (2006). The science and engineering of materials (ed. 5th). Cengage Learning. m/s. 198. ISBN 978-0-534-55396-8.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne