Mohamed Rahmat | |
---|---|
Menteri Penerangan ke-10 | |
Dalam jawatan 1988–1999 | |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Didahului oleh | Dato' Rais Yatim (1984-1986) |
Digantikan oleh | Tan Sri Mohd Khalil Yaakub (1999-2004) |
Menteri Penerangan Malaysia ke-7 | |
Dalam jawatan 1978–1982 | |
Didahului oleh | Datuk Amar Taib Haji Mahmud (1975-1977) |
Digantikan oleh | Dato' Seri Mohd Adib Mohamad Adam (1982-1984) |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Pulai, Johor | |
Dalam jawatan 1974–1999 | |
Digantikan oleh | Dato' Abdul Kadir Annuar |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Johor Bahru Barat | |
Dalam jawatan 1969–1974 | |
Didahului oleh | Rahmat Daud |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Pulai, Johor, British Malaya (kini Malaysia) | 4 Januari 1938
Mati | 1 Januari 2010 Bukit Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 71)
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur |
Pasangan | Puan Sri Salbiah A. Hamid |
Pertalian | Tan Sri Jaffar Hussein (besan) |
Anak | Nur Jazlan Mohamed |
Tempat belajar | Universitas Indonesia |
Pekerjaan | Ahli politik |
Allahyarham Tan Sri Dato' Mohamed bin Rahmat (4 Januari 1938 – 1 Januari 2010)[1] merupakan ahli politik UMNO/ Barisan Nasional yang terkenal di Malaysia. Beliau berketurunan Jawa, dilahirkan di Pulai,Johor, selatan Malaysia. 'Tok Mat' adalah gelaran singkat bagi beliau. Beliau turut digelar 'Tok Mat', 'Mat Setia', 'Mat Umno' ,'Mat Bulat' dan 'Mr Propaganda'. Ucapan beliau sebelum dan semasa Perhimpunan Agung UMNO sentiasa dinantikan sama seperti pengulungan Presiden UMNO.
Beliau merupakan pemimpin veteran UMNO Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan (1973) dan Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri (1974). Kemudian menjadi Menteri Penerangan sebanyak dua kali, iaitu dari 1978 hingga 1982 dan dari 1987 hingga 1999. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia bertaraf Menteri dari 1982 hingga 1984.