Mohamed bin Hamzah

Mohamed bin Hamzah

PIS, PIL, PLP (Johor)
محمد بن حمزه
Kelahiran(1918-03-05)5 Mac 1918
Hospital Kandang Kerbau (kini Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK), Singapura, Negeri-negeri Selat
Meninggal dunia19 Februari 1993(1993-02-19) (umur 74)
Tempat ditanamTanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru, Johor, Malaysia
WarganegaraMalaysia
PendidikanSeni lukis
Pusat pendidikanKolej Raffles, Singapura, Negeri-negeri Selat
PekerjaanArkitek
Terkenal keranaMereka bentuk Bendera Malaysia, Jalur Gemilang
PasanganKamariah bte Alias
Nong Hashim
Rohaya
Robangi binti Daud
Anak-anakMariam binti Mohamed
Ibu bapaHamzah bin Abdullah (bapa)
Aminah binti Haji Tahir (ibu)
Tandatangan

Haji Mohamed bin Hamzah (Jawi: محمد بن حمزه;‭ 5 Mac 1918 - 19 Februari 1993) merupakan seorang pereka bentuk bendera yang ahli dalam bidang veksilologi dan arkitek Malaysia. Beliau merupakan pencipta Jalur Gemilang, iaitu Bendera Malaysia. Beliau bertugas sebagai seorang arkitek di negeri Johor dan telah ditugaskan untuk membina banyak struktur dan bangunan kerajaan di negeri tersebut.

Beliau paling terkenal dengan karya-karyanya dalam mereka bentuk Bendera Malaysia (dahulunya Persekutuan Tanah Melayu), Jalur Gemilang. Apabila Persekutuan Tanah Melayu hendak ditubuh, negara tersebut memerlukan satu bendera baharu bagi menggantikan bendera Malayan Union. Beliau juga terkenal kerana mereka bentuk jata negeri Johor, kad jemputan kerajaan Johor, lambang kerajaan,[1] serta bangunan-bangunan seperti Dewan Jubli Intan di Johor.[2]

  1. ^ Universiti Malaya, Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu (3 March 2017). "MOHAMED HAMZAH (1918-1993), PEREKACIPTA JALUR GEMILANG".
  2. ^ Kamil, Kamdi (2007). Mohamed Hamzah Perekacipta Jalur Gemilang: Bendera, Lambang & Lagu. Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Negeri Johor. ISBN 9789834224905.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne