Mohamed Dzaiddin Abdullah


Mohamed Dzaiddin Abdullah

SSM, PSM; SPMP (Perlis); SPCM (Perak); DSPJ, DPMP (Perlis); DMPN (Pulau Pinang)
Kelahiran
Mohamed Dzaiddin bin Abdullah

(1938-09-16)16 September 1938
Meninggal dunia11 Julai 2024(2024-07-11) (umur 85)
Hospital Prince Court, Kuala Lumpur
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
PendahuluMohd Eusoff Chin
PenggantiAhmad Fairuz Abdul Halim
PasanganTengku Toh Puan Noriah Tengku Ismail
Anak-anak2
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "order"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "term_end"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "term_start"

Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah (16 September 1938 - 11 Julai 2024) di Arau merupakan seorang hakim. Beliau pernah menjadi Ketua Hakim Negara Malaysia pada 2000-2003.

Beliau mempunyai pendidikan awal di Kolej Sultan Abdul Hamid (Alor Setar, Kedah). Pada tahun 1956 beliau bekerja sebagai wartawan The Malay Mail (Kuala Lumpur) dan kemudian menyertai Pasukan Polis Diraja Malaysia sebagai Inspektor.

Pada bulan Jun 2000, beliau dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) oleh Yang di-Pertuan Agong, yang membawa gelaran "Tan Sri".

Seterusnya pada Jun 2002, beliau dianugerahkan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) oleh Yang di-Pertuan Agong, yang membawa gelaran "Tun".

Seorang pemain golf yang gemar, Dzaiddin berkahwin dengan Tengku Toh Puan Noriah dan mereka mempunyai dua orang anak.

Pada 4 Februari 2004 Dzaiddin dilantik oleh Yang di Pertuan Agong sebagai pengerusi Suruhanjaya Diraja untuk Meningkatkan Operasi dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia. Pada 30 April 2005, Laporan diserahkan kepada Kerajaan. Ia mengandungi 125 cadangan, cadangan teras adalah penubuhan sebuah badan yang dipanggil Suruhanjaya Aduan dan Salah laku Polis Bebas (IPCMC).


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne