Dato' Mohd Imran Tamrin DIMP (Pahang) | |
---|---|
Pegawai Penyelaras DUN Sungai Panjang | |
Menyandang jawatan 2024 | |
Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Sungai Panjang | |
Dalam jawatan 2018–2023 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Majoriti | 2,084 (PRU-14) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Pekan Sungai Nibong, Selangor | 1 November 1986
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Datin Nor Syuhada Aini Mohd Sukri |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)[2] |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | peguam |
Dato' Mohd Imran bin Tamrin (lahir 1 November 1986) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Sungai Panjang selama sepenggal (2018-2023). Beliau kini berkhidmat sebagai Pegawai Penyelaras DUN Sungai Panjang.
Mohd Imran yang gemar bersukan dan membaca, pernah bekerja sebagai Eksekutif Bahagian Penajaan Pendidikan Petrolium Nasional Berhad (Petronas) selama lima tahun kemudian dilantik Eksekutif Kanan Bahagian Sumber Manusia (Perhubungan Perusahaan) di Petronas selama setahun.
Kini, beliau meneruskan kerjayanya sebagai seorang peguam berkaliber di Tetuan Zabir Imran & Partners sejak 2017.
Semasa menuntut di universiti, Mohd Imran aktif dalam kepimpinan pelajar termasuk kepimpinan persatuan dan kelab. Sehingga kini beliau aktif dalam kepimpinan masyarakat, belia dan badan bukan berkanun (NGO) serta politik.
Penglibatannya dalam bidang politik, beliau memegang jawatan EXCO Pemuda Barisan Nasional (BN), Pengerusi Sekretariat Profesional Muda Pemuda UMNO Selangor dan kini sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar.
Kalau bercerita mengenai penglibatan beliau dalam NGO termasuk khidmat masyarakat, Mohd Imran pernah menyandang Timbalan Pengerusi Majlis Belia Daerah Sabak Bernam, Majlis Kerja Tertinggi Gerakan Belia 4B Malaysia dan Penasihat Undang-undang gabungan NGO Malaysia.
Meskipun pertama kali dicalonkan di DUN Sungai Panjang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, beliau terus membawa kemenangan buat BN selepas berjaya menewaskan Mariam Abdul Rashid daripada Pakatan Harapan dengan mendapat 10,530 undiaan manakala penentang memperoleh 8,446 undian. Kemenangan itu dengan majoriti undi sebanyak 2,084.
Kerjaya:
Jawatan dalam parti:
Penglibatan dalam pertubuhan sukarela:
Pendidikan: