Molases atau sirap hitam ialah bahan likat yang terhasil daripada penapisan tebu atau bit gula menjadi gula. Molase berbeza mengikut jumlah gula, kaedah pengekstrakan, dan umur tumbuhan. Molases tebu digunakan terutamanya untuk pemanis dan perasa makanan di Amerika Syarikat, Kanada, dan tempat lain. Molases ialah komponen penentu gula perang komersial.[1] Ia juga merupakan salah satu bahan utama yang digunakan untuk penyulingan rum.[2]