Monitor komputer

Sebuah monitor berjenama Belinea.

Monitor/skrin komputer merupakan sejenis peranti persisian output yang berupaya memaparkan maklumat berbentuk aksara dan/atau imej yang diam mahupun bergerak, janaan komputer dan diproseskan kad grafik kepada pengguna.[1]

Tedapat empat jenis Monitor, iaitu Monitor monokrom, Monitor warna, Monitor segerak berbilang, dan Monitor ELD (Elektro Luminescent Display). Setiap Monitor mempunyai ciri-ciri dan sejarah tersendiri.

Mutu Monitor tergantung kepada beberapa faktor. Yang terutama ialah bilangan piksel yang dipaparkan oleh skrinnya; lebih banyak pikselnya, lebih tajamnya teks dan grafik yang dipaparkan.

Pada awalnya semua monitor adalah dari jenis tiub sinar katod (CRT) sama seperti yang digunakan pada tiub televisyen, namun kini monitor jenis LCD semakin digemari kerana monitor LCD menggunakan ruang yang kecil, ringan serta lebih menjimatkan tenaga elektrik berbanding monitor CRT

  1. ^ G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). "skrin". Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 76. ISBN 967-65-1306-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne