Morning Musume

Morning Musume '25
モーニング娘。'25
Morning Musume pada tahun 2016.
Latar belakang
Berasal dariTokyo, Japan
GenreJ-Pop
Tahun aktif1997 (1997)–kini
Syarikat rakaman
zetima
Pengkarya berkait
Laman sesawang
helloproject.com/morningmusume
Ahli


Lihat Ahli Terkini Morning Musume
Bekas ahliLihat Bekas Ahli Morning Musume


Morning Musume '25 (モーニング娘。 '25), asalnya hanya Morning Musume (モーニング娘。) dan juga dikenali dengan singkatan Momusu (モー娘。) ialah sebuah kumpulan J-pop perempuan dari Jepun yang diuruskan oleh Hello! Project yang bernaung di bawah Up Front Promotion. Kumpulan ini merupakan kumpulan paling dikenali dalam Hello! Project. Musume (娘) bermaksud anak perempuan atau gadis, maka Morning Musume bermaksud 'Gadis Pagi'.

Kumpulan ini dikenali dengan ahli yang kerap bertukar ganti, dengan uji bakat untuk ahli baru dan graduasi yang mewujudkan gaya berbeza dan menampilkan muzik dan persembahan yang dinamik. Sesuai dengan makna nama kumpulan, ahli baru yang dipilih selalunya berusia pertengahan remaja dan ahli akan bergraduasi sekitar usia awal 20-an.

Bermula tahun 2014, nama kumpulan akan berubah setiap tahun dan diakhiri dengan singkatan angka untuk setiap tahun. Terkini, kumpulan ini dikenali dengan nama Morning Musume '25 (Morning Musume Two-Five).


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne