Muhammad Yunus | |
---|---|
মুহাম্মদ ইউনূস | |
Ketua Pemerintah Sementara Bangladesh | |
Menyandang jawatan 8 Ogos 2024 | |
Presiden | Mohammed Shahabuddin |
Didahului oleh | Sheikh Hasina (sebagai Perdana Menteri Bangladesh) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Hathazari, Benggala, British India | 28 Jun 1940
Kewarganegaraan | Bangladesh |
Pasangan | Vera Forostenko (k. 1970; c. 1979) Afrozi Yunus (k. 1983) |
Anak | Monica Yunus Deena Afroz Yunus |
Tempat belajar |
|
Anugerah awam |
|
Tandatangan | |
Laman web | muhammadyunus |
Muhammad Yunus | |
---|---|
Latar belakang akademik | |
Sekolah tradisi |
|
Karya akademik | |
Disiplin | Ekonomi |
Institusi |
|
Karya terkenal |
|
Muhammad Yunus (Benggali: মুহাম্মদ ইউনূস , lahir 28 Jun 1940; umur 84 tahun) ialah seorang usahawan, pegawai bank, ahli ekonomi dan pemimpin masyarakat Bangladesh. Beliau dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel pada 2006 di atas pengasasan Bank Grameen dan mempelopori konsep mikrokredit dan mikrokewangan.[2] Beliau menerima beberapa lagi penghargaan negara dan antarabangsa. Beliau menerima Biasiswa Fulbright daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS),[3] kemudian menerima Pingat Kebebasan Presiden AS pada 2009, dan Pingat Emas Kongres A.S. pada 2010.[4] Pada 2020, beliau juga menerima penghargaan daripada daripada Pembiayaan Negara untuk Demokrasi (NED).[5]
Pada 2012, beliau menjadi Canselor Universiti Kaledonia Glasgow di Scotland. Beliau menjawat sehingga 2018.[6][7] Sebelum itu, beliau merupakan profesor ekonomi di Universiti Chittagong di Bangladesh.[8] Beliau menerbitkan beberapa buah buku berkaitan kerja-kerja kewangannya. Beliau ialah anggota lembaga pengasas Grameen America dan Yayasan Grameen, yang menyokong mikrokredit.[9]
Muhammad Yunus juga berkhidmat di lembaga pengarah Yayasan Bangsa-Bangsa Bersatu, sebuah badan kebajikan awam untuk menyokong perjuangan PBB, dari 1998 hingga 2021.[10]
Pada 2024, selepas peletakan jawatan Sheikh Hasina, beliau dinamakan untuk dilantik sebagai ketua Kerajaan Peralihan Bangladesh.[11][12]