Mulan (filem 1998)

Mulan
PengarahTony Bancroft
Barry Cook
PenulisRobert D. San Souci
Rita Hsiao
Chris Sanders
Philip LaZebnik
Dihasilkan olehPam Coats
Robert S. Garber
Kendra Halland
DibintangiMing-Na Wen
Lea Salonga
Eddie Murphy
Diedarkan olehBuena Vista Pictures
Tarikh tayangan
5 Jun 1998
Masa tayangan
88 minit
BahasaInggeris
Mandarin
BajetUS$ 70.000.000

Mulan ialah sebuah filem animasi dihasilkan oleh Walt Disney Feature Animation, dan ditayangkan oleh Walt Disney Pictures pada 5 Jun 1998. Filem ini diasaskan pada lagenda Cina Hua Mulan.[1]Filem ini diarahkan oleh Tony Bancroft dan Barry Cook, dengan ceritanya dikarang oleh Robert D. San Souci di kalangan yang lain.[2] Filem ini dipuji kerana memiliki visual yang menarik dan menggambarkan seorang wanita yang berdikari dan berkaliber, dan menerima AS$300 juta selepas pecah panggung seluruh dunia.

Mulan merupakan salah satu daripada beberapa watak wanita Disney yang bukan seorang puteri atau seorang wanita yang sangat cantik sebaliknya merupakan watak wanita yang kuat dan tegas. Semua watak digambar berdasarkan seni Cina. Kehadiran kawan-kawan binatang Mulan juga membawa sesuatu yang baru bagi penonton kerana biasanya binatang dijadikan tokoh yang jahat.

Dunia Mulan akan muncul di permainan Kingdom Hearts II dengan nama "Land of the Dragons". Susulan filem ini, Mulan II, dikeluarkan melalui DVD pada tahun 2005.

  1. ^ J. Lau. "Ode to Mulan". Dicapai pada 2007-08-11.
  2. ^ "Mulan Disney VHS Release". The Walt Disney Company. Dicapai pada 2007-09-08.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne