Munafik 2

Munafik 2
PengarahSyamsul Yusof
PenulisSyamsul Yusof
Lakon layarSyamsul Yusof
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiRahimi Mahidin
Disunting olehSyamsul Yusof
Syarikat
penerbitan
Skop Productions President Productions
Tarikh tayangan
  • 30 Ogos 2018 (Malaysia)
  • 26 September 2018 (Indonesia)
Masa tayangan
104 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM2.5 juta
Pecah panggungRM48 juta[1]

Munafik 2 ialah sebuah filem seram Malaysia 2018 yang diarahkan dan ditulis oleh Syamsul Yusof. Filem ini merupakan kesinambungan daripada filem Munafik yang ditayangkan pada 2016[2][3] dan yang kedua dalam trilogi Munafik yang dirancang. Ia juga merupakan filem ke-40 terbitan Skop Productions[4] dan dibintangi oleh Syamsul sendiri sebagai Ustaz Adam, Fizz Fairuz, Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Fauzi Nawawi, Mawi, Rahim Razali dan pelakon Indonesia, Weni Panca.[5] Ia mengisahkan perjuangan Ustaz Adam yang berhadapan dengan kultus ajaran sesat di perkampungan yang sangat terpencil, yang diketuai oleh Abuja dan menyelamatkan seorang ibu tunggal (Sakinah) dari kejahatan Abuja.[6]

Penggambaran dijalankan pada Mac 2017 di Kuala Lumpur, Lembah Klang, Perak dan Pahang dan berakhir pada Mei 2017, filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 30 Ogos 2018 dan di Indonesia pada 26 September 2018.[7][8][9] Munafik 2 menerima ulasan yang sangat positif dan menggalakkan dari penonton dan telah meraih kutipan tertinggi sebanyak RM43 juta hanya dalam tempoh sebulan ditayangkan,[10] menjadikannya salah satu filem tempatan dengan kutipan tertinggi di Malaysia bagi tahun 2018 iaitu sebanyak RM 48 juta. [11][12] Kesinambungan ketiga filem ini sedang dalam perancangan dengan Syamsul kembali mengarah, menulis skrip dan menjayakan peranannya.[13]

Pada Disember 2018, Harian Metro menyenaraikan Munafik 2 sebagai filem tempatan nombor 1 dengan pecah panggung tertinggi bagi tahun 2018.[14]

  1. ^ "MALAYSIAN BOX OFFICE" Finas. Dicapai pada 23 Ogos 2019.
  2. ^ "Filem seram kaut RM18j, Syamsul mahu terbitkan 'Munafik 2'". The Malay Mail. 10 April 2016. Dicapai pada 14 April 2016.
  3. ^ Ramlah Zainal (12 Ogos 2018). "Munafik 2 lebih seram". Harian Metro. Dicapai pada 16 Ogos 2018.
  4. ^ Tahir Alhamzah (28 Ogos 2018). "#Showbiz: Yusof Haslam confident with Munafik 2's success at box office". New Straits Times. Dicapai pada 18 September 2018.
  5. ^ Amzar Anizam (21 Mac 2017). "Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Fauzi Nawawi, and Mawi Join Munafik 2". Kr8tifexpress. Dicapai pada 27 Jun 2018.
  6. ^ Dennis Chua (20 Julai 2018). "#Showbiz: Ustaz Adam battles a deadly cult". New Straits Times. Dicapai pada 21 Julai 2018.
  7. ^ "Syamsul Yusof tak akan tergesa-gesa siapkan "Munafik 2"". Cinema.com.my. 14 Mac 2018. Dicapai pada 11 Mei 2018.
  8. ^ "Syamsul Yusof is moving ahead with "Munafik 2"". Yahoo! News. 11 April 2016. Dicapai pada 27 Jun 2018.
  9. ^ "Ketakutan kepada yang Maha Kuasa: Syamsul Yusof". Sinar Harian. 28 Julai 2018. Dicapai pada 29 Julai 2018.
  10. ^ Hanis Zainal (19 November 2018). "Record box office numbers prove renewed interest in Malaysian flicks". The Star Online. Dicapai pada 26 November 2018.
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Crowned top-earning
  12. ^ Norhafiza Musa (16 September 2018). "Munafik 2 terus pecah rekod". Sinar Harian. Dicapai pada 16 September 2018.
  13. ^ Norhana Fariza (4 September 2018). "Nantikan Munafik 3 dua tahun lagi". Sinar Harian. Dicapai pada 6 September 2018.
  14. ^ Amirul Haswendy Ashari (24 Disember 2018). "Filem tempatan pecah panggung 2018". Harian Metro. Dicapai pada 24 Disember 2018.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne