Munmu dari Silla

Munmu dari Silla
Hangul문무왕
Hanja文武王
Perumian SemakanMunmu Wang
McCune–ReischauerMunmu Wang
Nama lahir
Hangul김법민
Hanja金法敏
Perumian SemakanKim Beopmin
McCune–ReischauerKim Pǒpmin

Munmu dari Silla (Hangul: 문무왕; Jawi: راج مونمو; 626–681; memerintah 661–681) ialah raja ketiga puluh kerajaan Silla Korea. Baginda biasanya dianggap sebagai pemerintah pertama pada zaman Silla Bersatu. Munmu ialah putera Raja Muyeol dan Munmyeong, yang merupakan adik perempuan Kim Yu-shin. Di bawah pemerintahan ayahandanya, baginda memegang jawatan pajinchan, yang nampaknya bertanggung jawab untuk urusan maritim, dan memainkan peranan penting dalam mengembangkan hubungan diplomatik negara itu dengan Tang China. Baginda dilahirkan sebagai Putera Beopmin (Hangul: 법민; Hanja: 法敏), dan mengambil nama Munmu ketika menggantikan ayahandanya ke takhta. Selepas kemangkatannya, baginda dikenali dengan gelaran Raja Naga. [1]

  1. ^ Keith Pratt and Richard Rutt. Korea: A Historical and Cultural Dictionary. Routledge. P.298.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne