Musa Aman | |
---|---|
موسى أمان | |
Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 | |
Menyandang jawatan 1 Januari 2025 (29 hari) | |
Dilantik oleh | Sultan Ibrahim |
Ketua Menteri | Hajiji Noor |
Didahului oleh | Juhar Mahiruddin |
Ketua Menteri Sabah | |
Dalam jawatan 27 Mac 2003 – 12 Mei 2018 (15 tahun, 1 bulan dan 15 hari) | |
Gabenor | Ahmadshah Abdullah (2003–2010) Juhar Mahiruddin (2011–2018) |
Timbalan | Wences Angang (2003–2004) Tham Nyip Shen (2003–2004) Lajim Ukin (2003–2004) Joseph Pairin Kitingan (2004–2018) Chong Kah Kiat (2004–2007) Yahya Hussin (2004–2018) Raymond Tan Shu Kiah (2007–2018) Jeffrey Kitingan (11–12 Mei 2018) Hajiji Noor (11–12 Mei 2018) Masidi Manjun (11–12 Mei 2018) |
Didahului oleh | Chong Kah Kiat |
Digantikan oleh | Shafie Apdal |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Sungai Sibuga | |
Dalam jawatan 19 Februari 1994 – 26 September 2020 (26 tahun, 7 bulan dan 7 hari) | |
Didahului oleh | Thien Fui Yun (PBS) |
Digantikan oleh | Mohamad Hamsan Awang Supain (BN–UMNO) |
Majoriti | 3,708 (1994) 4,034 (1999) 6,670 (2004) 7,657 (2008) 11,569 (2013) 2,184 (2018) |
Peranan Menteri (Sabah) | |
1999–2002 | Menteri di Jabatan Ketua Menteri |
2002–2018 | Menteri Kewangan |
Parti yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Sabah | |
1994–2020 | Barisan Nasional |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Musa bin Aman 30 Mac 1951 Beaufort, Borneo Utara (kini Sabah, Malaysia) |
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) (–1990) Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Sabah (Sabah UMNO) (sejak 1990) |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) (sejak 1990) |
Pasangan | Faridah Tussin |
Pertalian | Mohd Arifin Mohd Arif (Menantu) Anifah Aman (adik lelaki) Annuar Ayub (anak saudara) |
Anak | 4 (Termasuk Yamani Hafez Musa) |
Tempat belajar | Universiti Teknologi MARA (BBA) Edith Cowan University (MBA)) |
Tandatangan | |
Tun Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman (Jawi: موسى أمان; lahir 30 Mac 1951) atau lebih dikenali secara ringkas sebagai Tun Musa Aman ialah seorang pesara ahli politik dan bekas Ketua Menteri di Malaysia yang berasal dari Beaufort, Sabah Borneo. Beliau adalah salah satu bekas Ketua Menteri Sabah yang dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah. Tun Musa Aman telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 berkuatkuasa serta-merta pada 1 Januari 2025. [1] Tun Musa Aman telah diberi penghormatan Panglima Besar Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia pada 17 Disember 2024. Beliau mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah pada tarikh 1 Januari 2025, dalam jam 10.00 pagi waktu Malaysia.