Musala al-Qibli المصلى القِبْلي | |
---|---|
Info asas | |
Lokasi | Masjid al-Aqsa, Baitulmaqdis Palestine |
Koordinat geografi | 31°46′35″N 35°14′8″E / 31.77639°N 35.23556°E |
Agama | Islam |
Daerah | Kota Lama Baitulmaqdis |
Negara | Negara Palestin |
Pemimpin | Kementerian Wakaf Jordan |
Penerangan seni bina | |
Jenis seni bina | Masjid |
Gaya seni bina | Seni bina awal Islam, Mamluk |
Arah muka bangunan | Utara |
Pecah tanah pada | 685 (pembinaan pertama) 1033 (pembinaan kedua) |
Disiapkan pada | 705 (pembinaan pertama) 1035 (pembinaan kedua) |
Spesifikasi | |
Arah bahagian hadapan bangunan | Utara |
Kapasiti | 5.000[1] |
Panjang | 83 meter (272.3 kaki) |
Lebar | 56 meter (183.7 kaki) |
Bil. kubah | 1 |
Bil. menara masjid | 4 |
Tinggi menara masjid | 37 meter (121.4 kaki) |
Bahan binaan | Batu kapur (tembok luar, menara, mukaan), stalaktit (menara), timah (kubah), marmar putih (tiang dalam) |
Sebahagian daripada siri berkaitan |
Baitulmaqdis |
---|
Masjid al-Aqsa |
Musala al-Qibli (Arab: المصلى القِبْلي , bahasa Inggeris: Qibli Chapel ) atau Jamik al-Qibli (Arab: الجامع القِبْلي ) atau Masjid al-Qibli (Arab: المسجد القبلي ) ialah salah satu bangunan utama yang terdapat dalam kompleks Masjid al-Aqsa bahagian selatan dengan ciri khas kubah timahnya yang berwarna kelabu. Musala al-Qibli juga sering dipanggil sebagai Masjid al-Aqsa itu sendiri, walaupun Masjid al-Aqsa juga merujuk kepada keseluruhan kompleks yang di dalamnya terdapat beberapa bangunan penting; seperti Musala al-Qibli itu sendiri, Kubah Al-Sakhrah, Musala Al-Marwani, Kubah Al-Mikraj, Kubah Al-Silsilah, Kubah Al-Nabi, dan bangunan-bangunan lainnya.
Musala al-Qibli kali pertama dibangun pada zaman Umar Al-Khattab, meskipun beberapa pendapat menyatakan bahawa masjid ini dibangun pada zaman Khilafah Umaiyah. Setelah gempa bumi tahun 746, masjid ini hancur seluruhnya dan dibangun semula oleh khalifah Abbasiyah Al-Mansur pada tahun 754, dan dikembangkan lagi oleh penggantinya Al-Mahdi pada tahun 780. Gempa berikutnya menghancurkan sebahagian besar Musala al-Qibli pada tahun 1033, tetapi dua tahun kemudian khalifah Fatimiyyah Ali al-Zahir membangun semula masjid ini yang masih tetap berdiri hingga kini.
Dalam pelbagai pembaikan berkala yang dilakukan, pelbagai dinasti khalifah Islam telah melakukan penambahan terhadap Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitarnya, antara lain pada bahagian kubah, fasad, mimbar, menara, dan dalaman bangunan termasuklah Musala al-Qibli. Ketika Tentera Salib menakluki Baitulmaqdis pada tahun 1099, mereka menggunakan masjid ini sebagai istana dan Kubah Al-Sakhrah sebagai gereja, tetapi fungsi masjid dikembalikan semula setelah Salahuddin mengambil alih kepemimpinan kota itu. Pengubahsuaian, pembaikaj, dan penambahan lebih lanjut dilakukan pada abad-abad kemudian oleh para pemerintah Ayubiyah, Mamluk, Uthmaniyah, Majlis Tinggi Islam era Palestin Bermandat, dan Jordan.
Pembakaran Masjid al-Qibli pada 21 Ogos 1969 telah mendorong berdirinya Pertubuhan Persidangan Islam yang saat ini beranggotakan 57 negara. Pembakaran tersebut juga menyebabkan mimbar purba Salahuddin Al-Ayyubi terbakar habis. Dinasti Bani Hasyim pemerintah Kerajaan Jordan telah menggantinya dengan mimbar baru yang dihasilkan di Jordan, meskipun ada pula yang menyatakan bahawa mimbar buatan Jepara digunakan di masjid ini.[2][3]
|coauthors=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)