Myeolchijeot

Myeolchijeot
Nama Korea
Hangul멸치젓
Hanja[tiada ] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)
Perumian Semakanmyeolchijeot
McCune–Reischauermyŏlch'ijŏt

Myeolchijeot atau myeolchi-jeot adalah sejenis jeotgal, hidangan diperam masin dibuat dengan ikan bilis dalam masakan Korea. Ia adalah jeotgal yang paling kerap diambil, bersama dengan saeujeot (jeot udang masin) di Korea Selatan. Nama ini terdiri daripada dua perkataan Korea, myeolchi (멸치 ikan bilis) dan jeot. Myeolchijeot lazimnya kerap digunakan sebagai bahan dalam kimchi.[1] Ikan bilis ditangkap di pantai selatan Korea Selatan. Garam seberat 15 hingga 20% daripada berat keseluruhan ikan bilis yang hendak diperam ditambah kepada ikan bilis segar yang sudah dibasuh di dalam jangdok (장독, balang tembikar berlapis yang besar) dan penapaian mengambil masa biasanya 2 hingga 3 bulan pada 15-20 darjah. Jika myeolchijeot itu diperam selama 6 bulan, ia menjadi pati, dipanggil myeolchi jeotguk (멸치젓국). Selepas ekstrak ditapis, ia dicampur dan dipanaskan untuk membuat cecair khas dan digunakan untuk membuat kimchi.[2]

  1. ^ 제4장 찬류 (pdf) (dalam bahasa Korean). 국립문화재연구소. m/s. 8~10p. Dicapai pada 2008-05-15.CS1 maint: unrecognized language (link) [pautan mati]
  2. ^ "The Ingredients for Kimchi and Their Characteristics". Salted and fermented fish (Jeotgal). The Korean Culture and Information Service Center (KOIS). Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-28. Dicapai pada 2008-05-06.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne