Rencana ini tentang orang yang terlibat dalam rampasan kuasa Myanmar 2021. Maklumat boleh berubah-ubah dengan pantas apabila peristiwa sedang berlangsung, dan laporan awal berita boleh menjadi tidak dipercayai. Kemas kini terakhir untuk rencana ini mungkin tidak mencerminkan maklumat yang paling terkini. (Februari 2021) |
Myint Swe | |
---|---|
မြင့်ဆွေ | |
Pemangku Presiden Myanmar | |
Menyandang jawatan 1 Februari 2021 | |
Pengerusi SAC | Min Aung Hlaing |
Didahului oleh | Win Myint |
Dalam jawatan 21 Mac 2018 – 30 Mac 2018 | |
Kaunselor Negara | Aung San Suu Kyi |
Didahului oleh | Htin Kyaw |
Digantikan oleh | Win Myint |
Naib Presiden Pertama Myanmar ke-3 | |
Menyandang jawatan 30 Mac 2016 Berkhidmat with Henry Van Thio | |
Presiden | Htin Kyaw Diri sendiri (Pemangku Win Myint |
Didahului oleh | Sai Mauk Kham |
Ketua Menteri Wilayah Yangon | |
Dalam jawatan 30 Mac 2011 – 30 Mac 2016 | |
Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
Digantikan oleh | Phyo Min Thein |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 24 Jun 1951 |
Parti politik | Parti Perpaduan dan Pembangunan Kesatuan |
Pasangan | Khin Thet Htay |
Anak | 2 |
Pendidikan | Akademi Perkhidmatan Pertahanan |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | Myanmar |
Cabang/khidmat | Tentera Darat Myanmar |
Tahun khidmat | 1971-2010 |
Pangkat | Leftenan Jeneral |
Myint Swe (Bahasa Burma: မြင့် ဆွေ; disebut [mjɪ̰ɰ̃ sʰwè]; lahir 24 Jun 1951[1]) ialah seorang ahli politik Myanmar, yang kini berkhidmat sebagai Pemangku Presiden Myanmar. Beliau juga merupakan Naib Presiden Myanmar yang ketiga. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Pemangku Presiden Myanmar setelah peletakan jawatan Presiden Htin Kyaw pada 21 Mac 2018. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Wilayah Yangon dari 30 Mac 2011 hingga 30 Mac 2016. Pada 30 Mac 2016, beliau dilantik sebagai Naib Presiden Myanmar. Beliau adalah bekas pegawai tentera etnik Mon dalam Tentera Darat Myanmar dengan pangkat Leftenan jeneral.[2][3]
Myint Swe diisytiharkan sebagai pemangku Presiden setelah rampasan kuasa Myanmar pada 1 Februari 2021, dan mengalihkan kekuasaan kepada Panglima Angkatan Tentera Myanmar Min Aung Hlaing.[4]