![]() | |
Negara | ![]() |
---|---|
Kawasan siaran | Seluruh negara |
Slogan | FEEL IT. (Sejak tahun 2018) |
Ibu pejabat | Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia (kini di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia) |
Pengaturcaraan | |
Bahasa | Inggeris Melayu |
Format gambar | 16:9 HDTV (1080i) 16:9 SDTV (576i) |
Pemilikan | |
Pemilik | Media Prima Berhad (Natseven TV Sdn Bhd) |
Orang penting |
|
Saluran kembar | |
Sejarah | |
Dilancarkan | 7 April 1998 |
Digantikan oleh | DidikTV KPM |
Natseven TV Sdn. Bhd., beroperasi sebagai NTV7 ialah saluran televisyen percuma ke udara Malaysia yang dimiliki oleh Media Prima Berhad. Stesen TV komersial swasta ketiga di Malaysia, rangkaian memfokuskan pada kawasan bandar dengan pelbagai jenis program, drama dan berita. Pada 17 Februari 2021, NTV7 telah menjadi saluran berasaskan pendidikan iaitu DidikTV KPM. [2]
TV3, TV9, NTV7, 8TV dan stesen radio dikawal oleh Media Prima yang mana siarannya berpusat di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor dan kemudian pada Oktober 2024 mereka berpindah ke Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur setelah hampir 3 dekad di Sri Pentas.
Saluran ini disiarkan secara langsung pada perkhidmatan penstriman Media Prima, Tonton dan unifi PlayTV. NTV7/DidikTV KPM dan saluran Media Prima yang lainnya tiada dalam aplikasi Astro GO dan sooka kerana di platform Astro dan NJOI masih disiarkan dalam bentuk definisi standard (SD) walaupun siarannya ke resolusi 16.9 atau resolusi HD.