Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Perancis. (Disember 2022)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Napoleon Napoleon I | |||||
---|---|---|---|---|---|
Maharaja Bangsa Perancis | |||||
Pemerintahan Pertama | 18 Mei 1804 – 11 April 1814 | ||||
Kemahkotaan | 2 Disember 1804 | ||||
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan Napoleon sebelumnya adalah Konnsul Pertama Republik Perancis (1799–1804) | ||||
Diikuti oleh | Jawatan dibubarkan Louis XVIII (Pemulihan kuasa Bourbon) | ||||
Pemerintahan kedua | 20 Mac 1815 – 22 Jun 1815 | ||||
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan semula Louis XVIII | ||||
Diikuti oleh | Jawatan dibubarkan Louis XVIII (Pemulihaan kuasa Bourbon) | ||||
Raja Itali | |||||
Pemerintahan | 17 Mac 1805 – 11 April 1814 | ||||
Kemahkotaan | 26 Mei 1805 | ||||
Didahului oleh | Charles V (Raja pada tahun 1556) Napoleon sebelumnya adalah Presiden Republik Itali (1802–1805) | ||||
Diikuti oleh | Victor Emmanuel II (Raja pada tahun 1861) | ||||
Pelindung kepada Pergabungan Rhine | |||||
Pemerintahan | 6 Ogos 1806 – 4 November 1813 | ||||
Didahului oleh | Francis II (jawatan setara dengan Maharaja Suci Rom) | ||||
Diikuti oleh | Francis I (memegang jawatan setara dengan Presiden Persekutuan Jerman) | ||||
Keputeraan | Ajaccio, Corsica, Perancis | 15 Ogos 1769||||
Kemangkatan | 5 Mei 1821 Longwood, Saint Helena | (umur 51)||||
Pemakaman | Les Invalides, Paris, Perancis | ||||
Pasangan | Joséphine de Beauharnais Marie Louise dari Austria | ||||
Anakanda | Napoleon II | ||||
| |||||
Kerabat | Kerabat Bonaparte | ||||
Ayahanda | Carlo Buonaparte | ||||
Bonda | Letizia Ramolino | ||||
Agama | Katolik Rom[1] – (lihatSeksyen keagamaan) | ||||
Tandatangan |
Napoleon I Bonaparte, Maharaja Perancis, Raja Itali (15 Ogos 1769 – 5 Mei 1821) ialah Jeneral Revolusi Perancis dan pemerintah Perancis sebagai Konsul Pertama (Konsul Perdana) Republik Perancis dari 11 November 1799 hingga 18 Mei 1804.[2][3] Napoleon kemudian ditabalkan sebagai Maharaja Perancis (Empereur des Français) dan Raja Itali di bawah nama Napoleon I dari 18 Mei 1804 hingga 6 April 1814;[4] dan dipulihkan untuk satu tempoh yang singkat sebagai Maharaja dari 20 Mac hingga 22 Jun 1815.[5][6]
Selama lebih kurang satu dekad, angkatan-angkatan tentera Perancis di bawah pimpinannya bertempur dengan hampir setiap kuasa Eropah (biasanya dengan serentak) dan menguasai kebanyakan tanah besar barat dan tengah Eropah melalui penaklukan atau perikatan sehingga serangannya terhadap Rusia yang membawa kecelakaan pada tahun 1812.[7] Serangan ini diikuti oleh kekalahannya dalam Perang Leipzig pada Oktober 1813 yang menyebabkan beliau turun dari takhta beberapa bulan kemudian dan buangannya ke pulau Elba. Beliau mencuba memulihkan nasibnya dalam apa yang dikenali sebagai Seratus Hari (les Cent Jours), tetapi ditewaskan sekali lagi, kali ini secara muktamad dalam Perang Waterloo di tempat yang kini merupakan Belgium pada 18 Jun 1815, diikuti oleh penyerahan kalah tidak lama kemudian kepada pihak British dan buangan ke pulau Saint Helena di mana beliau meninggal dunia enam tahun kemudian.
Walaupun Napoleon sendiri tidak mengembangkan banyak pembaharuan tentera, selain daripada empat segi infantri yang dipergunakan di Mesir serta peletakan meriam dalam penyangga meriam, beliau mempergunakan taktik yang terbaik daripada pelbagai sumber, dan memodenkan angkatan tentera Perancis untuk mencapai banyak kemenangan yang utama.[8] Kempen-kempennya telah dikaji di akademi-akademi di seluruh dunia dan beliau secara amnya dianggap sebagai salah satu daripada komander terutama yang pernah hidup. Selain daripada pencapaian tenteranya, Napoleon juga diingati untuk pengasasan Kod Napoleon, dan sesetengah orang pula menganggap beliau sebagai salah satu daripada "pemerintah kuku besi berihsan".
Napoleon melantik banyak ahli keluarga Bonaparte serta kawan-kawannya yang rapat sebagai raja-raja untuk negara yang baginda takluk serta sebagai tokoh-tokoh kerajaan (adiknya Lucien menjadi Menteri Kewangan Perancis). Walaupun pemerintahan mereka ini tidak kekal selepas kejatuhan Napoleon, salah seorang nefritisnya, Napoleon III, kemudian memerintah Perancis pada abad ke-19.
|deadurl=
ignored (bantuan)CS1 maint: extra text: authors list (link)