Naqab

Kawasan bergunung Nahal Zin dalam gurun Naqab

Naqab (Arab: ٱلنَّقَب, rumi: an-Naqab, Ibrani: הַנֶּגֶב, rumi: ha-Négev, diinggeriskan kepada Negev) ialah sebuah kawasan padang pasir dan separa gurun di bahagian selatan entiti Israel bahagian barat Timur Tengah. Gurun ini merupakan muka bumi tertua ditemukan bertarikh 1.8 juta tahun dahulu.[1][2]

Gurun ini dimasukkan dalam kawasan Palestin Bermandat pada 10 Julai 1922 diizinkan oleh wakil British St John. Philby "atas nama Trans-Jordan". [a] Walaupun begitu, rantau ini kekal dalam pemilikan eksklusif orang Arab Palestin sehingga 1946 di mana Rancangan Morrison–Grady yang hendak memperuntukkan kawasan itu kepada negara Arab lalu Agensi Yahudi segera melaksanakan penempatan orang diaspora Yahudi di sana;[4][5] kesannya dalam tempoh setahun membawa kepada Rancangan Pembahagian Palestin diaturkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan kawasan Naqab kepada pihak Israel.

Kawasan gurun ini turut menempatkan suatu masyarakat Badwi sebanyak 25% kependudukan setempat (sebanyak 160,000 orang) manakala selebihnya dari kaum Yahudi sebanyak 470,000 orang atau 75%.[6] Kota Beersheba merupakan petempatan terbesar di rantau ini serta selaku ibu kota pemerintahan utama.

  1. ^ Frank, Adam (2018-04-13). "Was There a Civilization on Earth Before Humans?". The Atlantic (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-05-12.
  2. ^ Britt, Robert Roy (2009-05-05). "Oldest Surface on Earth Discovered". livescience.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-04. Dicapai pada 2021-05-12.
  3. ^ Biger 2004, m/s. 181; Biger references 10 July 1922 meeting notes, file 2.179, CZA.
  4. ^ Karsh, Efraim; Miller, Rory (23 October 2013). Israel at Sixty: Rethinking the Birth of the Jewish State. Routledge. m/s. 55–. ISBN 978-1-317-96776-7.
  5. ^ Pappé, Ilan (15 August 1994). The Making of the Arab-Israeli Conflict, 1947–1951. I.B.Tauris. m/s. 52–. ISBN 978-1-85043-819-9.
  6. ^ "A Bedouin welcome – Israel Travel, Ynetnews". Ynetnews.com. 1995-06-20. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Jun 2011. Dicapai pada 9 Oktober 2011.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne