Nas-T | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Nas Muammar Zar bin Nasruddin 4 Oktober 1983 |
Pekerjaan | Pemuzik, DJ, pengacara, pelakon, model |
Tahun aktif | 2001–kini |
Pasangan | Atita Haris (k. 2016) |
Anak-anak | 2 |
Kerjaya muzik | |
Genre | Hip hop, EDM, elektropop |
Instrumen | CDJ, meja pusing |
Tahun aktif | 2001–kini |
Pengkarya berkait | Dragon Red |
Nas Muammar Zar Nasruddin atau lebih dikenali sebagai Nas-T (lahir 4 Oktober 1983) merupakan seorang pemuzik, DJ, pengacara, pelakon dan model Malaysia. Beliau mula aktif sejak 2001 menerusi kugiran Dragon Red serta aktif sebagai DJ di kelab-kelab terkemuka di Kuala Lumpur dan kemudian menceburi bidang lakonan menerusi filem Goodbye Boys arahan Bernard Chauly pada tahun 2006.[1]
Pada tahun 2008, beliau meraih pengiktirafan menerusi watak Abu dalam siri TV KAMI dan meraih pencalonan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22 menerusi watak sama dalam filem KAMI The Movie.
Dalam bidang muzik, bakat Nas-T sebagai DJ mula dikesan oleh DJ Fuzz sejak dibangku sekolah lagi. Beliau kemudiaannya menyertai kumpulan Dragon Red sebagai pemain meja pusng yang mana kugiran ini berjaya meraih anugerah Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-14 pada tahun 2007. Nas-T keluar dari Dragon Red pada 2008, selain itu, beliau juga muncul sebagai DJ tetap untuk rancangan bual bicara L8 Nite with Lo bersama Jason Lo.
Bakat Nas-T lebih bersinar dalam bidang lakonan apabila membintangi banyak drama TV popular seperti KAMI, Kamelia Katrina, Ghost, Blogger Boy dan Lagenda Budak Setan The Series. Beliau juga aktif dalam sukan bina badan dan pernah memasuki beberapa pertandingan bina badan dalam kategori “men’s physique”