Nash | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Nashrudin bin Haji Elias 4 Oktober 1959 |
Nama lain | Nash Lefthanded |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Pasangan | Hayati Mohd Yusof (k. 1996; c. 1998) Sosilawati Lawiya (k. 2006; c. 2009) |
Anak-anak | 4 |
Kerjaya muzik | |
Genre | Rock , Balada , Pop Etnik |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1986–kini |
Pengkarya berkait | Lefthanded, Step Closer |
Datuk Nashrudin bin Haji Elias (lahir 4 Oktober 1959) atau lebih dikenali sebagai Nash adalah seorang penyanyi rock yang popular di Malaysia. Beliau merupakan bekas vokalis bagi Kumpulan Step Closer dan Lefthanded. Datuk Nash telah dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M), dari Kerajaan Naning, yang membawa gelaran Datuk. Beliau menerima Darjah Kebesaran sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Orang Kaya Seri Raja Merah Datuk Undang Naning ke-21 di Melaka pada 8 Mei 2014. Akan tetapi sehingga kini kerajaan negeri Melaka masih belum mengiktiraf gelaran Datuk Naning.[2]