Nasi ambeng

Nasi Ambeng
Nasi Ambeng
Nama alternatifNasi Ambeng
JenisMakanan Sunting ini di Wikidata
Tempat asalIndonesia
Kawasan/rantauJawa (Jawa Tengah, Jawa Timur, Yogyakarta) dan diaspora Jawa (merangkumi negeri Selangor dan Johor dekat Malaysia juga Singapura)
Bahan utamaNasi, tempe goreng, bergedel, rempeyek, rendang, sambal goreng, telur rebus, dan urap
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Nasi ambeng atau nasi ambang adalah masakan tradisional Jawa berupa nasi putih yang terdiri daripada nasi putih kukus, gulai ayam atau ayam kicap, rendang daging lembu atau ayam, sambal goreng jawa, bihun goreng, tauhu, tempe, urap, bergedel,serunding, dan rempeyek. Masakan ini berasal dari Pulau Jawa, Indonesia. Hal ini dapat dibuktikan melalui manuskrip Jawa iaitu Serat Centhini jilid VII pupuh P 376 Dha.: bait 174-198.[1]

Nasi ambeng sering dimakan secara beramai-ramai dan disajikan di dalam dulang,[2] untuk dikongsi di antara empat hingga lima orang; terutamanya semasa majlis perayaan, doa selamat atau hari istimewa seperti kenduri.[3] Penyajian nasi ambeng ini memuatkan permohonan agar semua pihak dikurniakan rezeki dan keselamatan.[4]

Selain daripada Jawa Tengah dan Jawa Timur, nasi ambeng juga popular di negeri-negeri di Malaysia iaitu di negeri Selangor dan Johor,[5] bahkan di negara Singapura.

  1. ^ Sunjata, Wahjudi Pantja; Sumarno, Sumarno; Mumfangati, Titi (2014). KULINER JAWA DALAM SERAT CENTHINI. Yogyakarta: Balai Pelestarian Nilai Budaya (BPNB) Daerah Istimewa Yogyakarta. m/s. 60. ISBN 602-1222-19-9.
  2. ^ Goh, Kenneth. "Yummy platter". The Straits Times, Singapore. Dicapai pada 2018-05-03.
  3. ^ Hirdan, Kusyi. "Simbolik daripada nasi ambeng". Harian Metro, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada August 4, 2016. Dicapai pada 2018-05-03.
  4. ^ Tsani, Luthfi Badrus; Ibrahim, Rustam; Syafi’i, Ahmad (2024). "TRADISI NASI AMBENG SEBAGAI ADAT MENDOAKAN LELUHUR DAN MENJALIN SILATURAHMI DI MASYARAKAT KECAMATAN SOOKO KABUPATEN PONOROGO PROVINSI JAWA TIMUR". MODELING: Jurnal Program Studi PGMI. 11: 148 – melalui MODELING: Jurnal Program Studi PGMI.
  5. ^ Dil, Munsyi. "Nasi Ambeng". Dicapai pada 2018-05-03.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne