Nasional FM

FormatEasy listening, Berita, Oldies dan Hits klasik

Nasional FM (radio ini dikenali sebagai Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya), Perkhidmatan Bahasa Melayu, Rangkaian Biru, Radio Malaysia, Rangkaian Nasional, FM Stereo, Radio 1, Radio 2, Radio Muzik, Radio Malaysia Saluran 1 (Radio 1) dan Radio Malaysia Saluran Muzik) (secara rasmi ditanda panggil sebagai Perkhidmatan Bahasa Melayu, Rangkaian Biru, Rangkaian Nasional dan FM Stereo) ialah stesen radio nasional Bahasa Melayu tertua di Malaysia untuk masyarakat Melayu Malaysia dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia. Ini juga merupakan radio pertama Bahasa Melayu di Malaysia sehingga siaran radio pertama di Malaysia menggunakan format FM stereo sehingga stesen radio nasional menggunakan format FM Stereo pertama di Malaysia dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia disiarkan dalam Bahasa Melayu. Moto utamanya ialah Sentiasa Di Hati. Ia disiarkan 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Ini juga merupakan radio kedua Bahasa Melayu di Malaysia selepas Radio Klasik.[1] Stesen radio pertama di Malaysia yang disiarkan dalam FM Stereo pada 20 Jun 1975 sebagai FM Stereo.

Nasional FM dan Radio Klasik merupakan dua stesen radio yang sedia ada di RTM.

Nasional FM utamanya ialah di Aras 3 Selatan, Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur.

Nasional FM bersiaran serentak di stesen radio negeri semenanjung RTM (kecuali Perlis FM) pada setiap hari bermula jam 12:00 tengah malam hingga 6:00 pagi.

Liputan Radio Klasik, Nasional FM dan TraXX FM meliputi hampir keseluruhan ASEAN, sempadan Malaysia–Brunei, Malaysia–Indonesia, Malaysia–Singapura, Malaysia–Filipina dan Malaysia–Thailand di darat dan laut sehingga juga boleh diterima di seluruh Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand Selatan melalui parabola Telkom-4.

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :1

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne