Negara Narnia

Dalam siri novel Chronicles of Narnia, Narnia merupakan sebuah negara yang banyak diperihalkan dalam siei tersebut. Nama tersebut datang dari nama banda purba Itali iaitu Narnia (kini Narni), yang mungkin juga dinamakan sempena nama Sungai Nar, yang mengalir di tengah bandar tersebut. Narnia merupakan negara yang mempunyai bukit-bukau dan menjurus ke pergunungan yang rendah di selatan, dan dipenuhi hutan kecuali tanah paya yang terdapat di utara. Negara tersebut disempadani oleh Lautan Timur di timur, banjaran dan gunung tinggi di barat, Sungai Shribble di utara dan pembahagi benua di selatan.

Pusat ekonomi negara tersebut adalah Sungai Besar Narnia, yang memasuki negara tersebut dari barat laut menghala ke arah tenggara lalu ke Lautan Timur. Tampuk pemerintahan terletak di Cair Paravel, di muara Sungai Besar. Komuniti lain sepanjang sungai termasuklah (dari timur to barat) Beruna, Beaversdam, dan Chippingford.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne