Negeri-negeri Republik Weimar adalah bahagian pentadbiran peringkat pertama dan negeri konstituen Jerman semasa era Republik Weimar. Negeri-negeri ini telah ditubuhkan pada 1918 susulan dari Revolusi Jerman setelah tamatnya Perang Dunia I, dan berdasarkan 21 negeri konstituen Empayar Jerman yang memansuhkan pemerintahan beraja mereka. Negeri-negeri baru diteruskan sebagai republik disamping tiga kota bertaraf negeri yang sedia ada dalam Republik Weimar baru, mengguna gelaran Freistaat ("Negeri Bebas") atau Volksstaat ("Negeri Rakyat").