Nephthys | ||||
---|---|---|---|---|
![]() Nephthys biasanya digambarkan sebagai wanita muda, mengenakan penutup kepala berbentuk rumah dan bakul | ||||
Dewi perkabungan | ||||
Nama dalam hieroglif |
| |||
Pusat kultus utama | tiada khusus, Diospolis Parva | |||
Ibu bapa | Geb dan Nut | |||
Adik-beradik | Isis, Osiris, Horus dan Set | |||
Pasangan | Set |
Nephthys atau Nebet-Het dalam Bahasa Mesir purba (Yunani: Νέφθυς ; Jawi: نيفثيس ) adalah seorang dewi dalam agama Mesir purba. Selain ahli Ennead Heliopolis dalam mitologi Mesir, dia juga anak Nut dan Geb. Nephthys biasanya di sisi saudara perempuannya, Isis, dalam upacara pengebumian[1] kerana mereka penaung mumia dan pelindung dewa Osiris. Dia juga isteri saudaranya, Set, dan ibu Anubis.
Dia dikaitkan dengan perkabungan, malam/kegelapan, khidmat (khususnya di kuil), bersalin, orang mati, perlindungan, sihir, kesihatan, pengawetan mayat dan bir.