Neutrophil | |
---|---|
![]() Gambaran 3D neutrofil | |
![]() Neutrofil dengan nukleus bersegmen dikelilingi sel darah merah dan platelet. Granul intrasel dapat dilihat dalam sitoplasma (pewarna Giemsa). | |
Butiran | |
Sistem | Sistem imun |
Fungsi | Fagositosis |
Pengenalpastian | |
MeSH | D009504 |
TH | H2.00.04.1.02012 |
FMA | FMA:62860 |
Istilah anatomi mikroanatomi |
Neutrofil atau neutrosit merupakan sel granulosit yang paling umum, dengan jumlah keseluruhan mencakupi 60 hingga 70 peratus dalam kalangan sel-sel darah putih dalam kebanyakan mamalia dan merupakan sel penting dalam sistem imun. Fungsi neutrofil boleh berubah mengikut mamalia.[1]
Sel neutrofil terhasil di sumsum tulang daripada sel tunjang dan membeza terhadap subpopulasi pemusnah dan perangkap. Sel-sel ini boleh memasuki bahagian yang tidak dapat dimasuki oleh sel atau molekul yang lain. Meskipun begitu, sel-sel neutrofil memiliki jangka hayat yang pendek, biasanya hanya lima hingga 90 jam sekiranya tidak diaktifkan.[2]
Neutrofil biasanya memiliki saiz 12-15 mikrometer (µm) apabila melekat pada suatu permukaan dan memiliki saiz purata 8.85 µm dalam keadaan bebas.[3]