City of Newark | |
---|---|
![]() Sebahagian latar langit pusat bandar Newark | |
Nama panggilan: The Brick City | |
![]() Map of Newark in Essex County. Inset: Location of Essex County highlighted in the State of New Jersey. | |
![]() Census Bureau map of Newark, New Jersey | |
Negara | Amerika Syarikat |
Negeri | New Jersey |
Kaunti | Essex |
Diasaskan | 1666 |
Diperbadankan | 1836 |
Pentadbiran | |
• Jenis | Akta Faulkner (Majlis Datuk Bandar) |
Keluasan | |
• City | 26.0 batu persegi (67.3 km2) |
• Tanah | 23.8 batu persegi (61.6 km2) |
• Air | 2.2 batu persegi (5.7 km2) |
Aras | 30 ft (9 m) |
Penduduk | |
• City | 277,140 (ke−68) |
• Kepadatan | 13,301/batu persegi (5,034.8/km2) |
• Metro | 18,818,536 |
• Demonim | Newarker |
Zon waktu | UTC-5 (Timur (EST)) |
• Musim panas (DST) | UTC-4 (EDT) |
Kod ZIP | 07100-07199 |
Kod kawasan | 862, 973 |
FIPS code | 34-51000GR2[3] |
GNIS feature ID | 0878762GR3 |
Laman sesawang | http://www.ci.newark.nj.us/ |
Newark ialah bandar raya terbesar di negeri New Jersey, Amerika Syarikat, dan juga pusat kaunti Kaunti Essex. Newark diduduki oleh 277,140 orang,[2] oleh itu merupakan kawasan perbandaran terbesar di New Jersey. Ia merupakan bandaraya ke-68 paling ramai penduduk di A.S.[4] dan juga salah sebuah hab penerbangan, perkapalan dan pengangkutan kereta api negara.
Newark terletak di tengah-tengah "Gateway Region" New Jersey, kira-kira 8 batu (13 km) di barat Manhattan. Lokasinya dekat Lautan Atlantik di Teluk Newark telah memudahkan kemudahan pelabuhannya, Pelabuhan Newark, iaitu kemudahan perkapalan kontena yang utama untuk kawasan metropolitan New York, dan juga yang terbesar di Pantai Timur Amerika Syarikat. Di Newark terletaknya Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty, lapangan terbang komersil perbandaran yang pertama dan antara yang paling sibuk di Amerika Syarikat.