Ngangkung

Ngangkung
PengarahIsmail Bob Hashim
PenulisAbban Lo'baw
Dihasilkan olehDavid Teo
DibintangiShaheizy Sam
Angah Raja Lawak
Azad Jasmin
Eira Syazira
Putri Mardiana
Lan Pet Pet
SinematografiIndra Che Muda
Disunting olehBrian Ng
Muzik olehBrian Ng
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 8.18 Juta

Ngangkung ialah sebuah filem komedi seram Malaysia 2010 arahan pengarah baru dalam perfileman, Ismail Bob Hashim yang berpengalaman dalam mengarah drama televisyen. Filem ke-42 terbitan Metrowealth Pictures ini ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 25 November 2010. Filem yang dibintangi Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak, dan Azad Jasmin ini menunjukkan kehidupan manusia yang terjebak dalam permainan judi nombor ekor.

Ketika ditayangkan di pawagam, filem Ngangkung berjaya mencipta sejarah dalam industri perfileman Malaysia apabila menjadi filem tempatan pertama yang jumlah kutipannya mencecah paras RM8 juta[1] di seluruh pawagam tempatan, dengan melaporkan jumlah kutipan RM8.15 juta dalam lima minggu tayangan (hingga 23 Disember 2010)[2], termasuk RM7.8 juta dalam masa 20 hari sahaja, sekaligus memecah rekod Adnan Sempit yang meraih RM7.7 juta dalam masa lebih kurang sebulan, sebagai filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.[3] Atas pencapaian ini, filem Ngangkung dicatatkan dalam Malaysian Book of Records sebagai "Filem Box-Office Tertinggi 2010" untuk edisi tahun 2011.[4]

  1. ^ "Ngangkung" new Malaysian box office record, CinemaOnline, 22 Disember 2010. Dicapai pada 24 Disember 2010.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama hmetro
  3. ^ 'Ngangkung' leads in box-office takings, New Straits Times, 18 Disember 2010. Dicapai pada 24 Disember 2010.
  4. ^ Ngangkung Dapat Pengiktirafan Malaysia Book of Records 2011 Diarkibkan 2011-07-03 di Wayback Machine, Limau Ais, 13 Januari 2011. Dicapai pada 15 Januari 2011.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne