Nike Ardilla

Nike Ardilla
Kelahiran
Raden Rara Nike Ratnadilla Kusnadi

(1975-12-27)27 Disember 1975
Meninggal dunia19 Mac 1995(1995-03-19) (umur 19)[1]
Bandung, Jawa Barat, Indonesia
Sebab kematianKemalangan jalan raya
Pekerjaan
Tahun aktif1985–1995
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Deddy Dores
Desy Ratnasari
Anggun
Rano Karno
Nicky Astria
Inka Christie
Krisdayanti
Melly Goeslaw
Poppy Mercury
Ryan Hidayat
Saari Amri
Joe Wings
Paramitha Rusady
Diana Dee
Ita Purnamasari
Dommy Allen
Amel Amilia

Raden Rara Nike Ratnadilla (Jawi: رادين رارا نيكي رتنادللا, lahir di Bandung, 27 Disember 1975 – meninggal di Bandung, 19 Mac 1995 pada umur 19 tahun),[2][3][4] ialah seorang penyanyi wanita Indonesia yang berketurunan Sunda dan juga berasal dari Bandung. Digelarkan Queen Of Rock Indonesia dan Artis Album terlaris di Indonesia dan Malaysia. Nike Ardilla maut dalam kemalangan jalan raya di Bandung pada usia 19 tahun ketika kerjaya muziknya berada di puncak populariti. Beliau pernah membawa lagu ciptaan komposer popular dari Malaysia, Saari Amri iaitu Duri Terlindung dan Aku Tak Akan Bersuara. Lagu itu melonjakkan nama Nike Ardilla sebagai Artis Indonesia paling popular di Malaysia sekitar tahun 1994. Dan beliau juga pernah membawa lagu ciptaan Joe Wings, iaitu Pengembara Terasing. Lagu Aku Tak Akan Bersuara sering dimainkan diradio Malaysia sehingga kini.

Beliau telah menjual 30 album setakat ini, dan mempunyai jualan album Indonesia terbaik sepanjang zaman. Album ketujuh dan yang terakhir beliau, Sandiwara Cinta telah terjual sebanyak lima juta salinan, sementara album keduanya, Bintang Kehidupan terjual sebanyak enam juta salinan.

  1. ^ "Nike Ardilla mati kemalangan", Watan, 21 Mac 1995, ms. 7.
  2. ^ "Nike Ardilla meninggal", Harian Metro, 20 Mac 1995.
  3. ^ "Indonesian singer Nike Ardilla dies", New Straits Times, 20 March 1995, page 7.
  4. ^ "Nike Ardilla dies of car accident", The Malay Mail, 20 March 1995.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne